Lokasi: Taman Negara, Pahang
Tarikh: 31/12/2010 ~ 2/1/2011
Objektif: 1. Teroka Taman Negara Pahang
2. Jalan sepanjang jambatan gantung paling panjang di dunia
3. Selusuri Sg. Tembeling
Xlengkap trip geng pengembara kalu xredah hutan..haaa..jadi plan seterusnya selepas Mt. Kinabalu adalah Taman Negara Pahang. Lokasi kali ni geng2 memilih tempat ini adalah kerana:
1. Taman Negara Pahang adalah hutan hujan tropika paling tua di dunia!!! [konpem mencabar..]
2. Diwartakan sbg rizab hutan negara..[terpelihara asli]
3. Ada jambatan gantung terpanjang didunia [530m..tergantung plak tu]
4. Saiz Tmn Negara Pahang ni amatlah besar..
Info:
Taman Negara berkeluasan 4,343 kilometer persegi. Pelancong ke sini perlu membayar tambang 'bas air' RM1 untuk menyeberang Sungai Tembeling.Bayaran RM5 dikenakan jika ingin mengambil gambar di Taman Negara. Ada lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan untuk diterokai.
Maklumat tambahan:
- - Hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun. Salah satu daripada hutan hujan tertua dunia, dengan sebahagian besarnya belum pernah diusik dan masih sama seperti 139 juta tahun lalu.
- - Taman Negara Pahang berkeluasan 57 peratus dan bersempadan dengan Terengganu (24 peratus keluasan
Taman Negara), Kelantan (19 peratus).
Lokasi paling sering dilawati ialah Kuala Tahan di Pahang; Kuala Koh di Kelantan dan Tasik Kenyir di Terengganu. - - Diuruskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Hari Pertama
Tepat jam 8am geng2 pengembara mendaftar di agen pelancongan pilihan kami Agensi Travel Han di Kompleks Selangor, Chinatown (KL). Lebih kurang jam 9am bas agensi bergerak ke Pejabat pendaftaran Tembeling (bersebelahan Sg. Tembeling). Jarak perjalanan lebih kurang 2jam. Sampai lebih kurang jam 11am.
Jam 2pm: Van agensi membawa kami ke destinasi pertama pengembaraan (Kuala Tahan). Jarak perjalanan melalui darat adalah lebih kurang 80km (ambil masa lebih kurang 1jam 30min).
Untuk pengetahuan...
Kuala Tahan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Kuala Sungai Tahan dan Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia. Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah.Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan darat sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling.
Sampai sekitar jam 3.30pm. Geng2 pengembaraan menginap di Village resort bertentangan dengan Sg. Tembeling.
Sekitar jam 8pm..dinner time. Once in lifetime..geng2 makan di restoran terapung diatas Sg. Tembeling.
Sekitar jam 10pm..pengembaraan kedua bermula: Pengembaraan Malam di Hutan Rimba & Tahan Hide.
Walu tidak bnyak binatang merayap waktu kami lalui..tp ada jugak laa kesempatan melihat kawanan gajah dari pos peninjau dan species burung kecik yg membuat sarang dicelah2 daun..pergh!!
Walu tidak bnyak binatang merayap waktu kami lalui..tp ada jugak laa kesempatan melihat kawanan gajah dari pos peninjau dan species burung kecik yg membuat sarang dicelah2 daun..pergh!!
Hari Kedua
Jam 8am..Seperti biasa..sarap di restoran terapung
Jam 9am..pengembaraan ketiga bermula..geng2 meneroka Bukit Teresek (dengan pemandangan Hutan Gunung Tahan yg nice..!!).
Paling menarik..dengan cuaca yg baik..geng2 melalui jambatan tergantung terpanjang didunia [ckup mencabar dan syok!!]. Ada peraturan plak tu..hanya seorang dibenar melalui laluan jambatan pada setiap waktu dengan radius setiap pada jarak 5m. Bukan apa..untuk keselamatan..untuk tampung berat minima setiap pengunjung yang lalu..
Untuk pengetahuan..
Jambatan gantung dengan jaraknya 530m..sungguh mengujakan!!!Paling menarik..dengan cuaca yg baik..geng2 melalui jambatan tergantung terpanjang didunia [ckup mencabar dan syok!!]. Ada peraturan plak tu..hanya seorang dibenar melalui laluan jambatan pada setiap waktu dengan radius setiap pada jarak 5m. Bukan apa..untuk keselamatan..untuk tampung berat minima setiap pengunjung yang lalu..
Untuk pengetahuan..
Mengikut renjer yang bertugas..tujuan asal jambatan gantung ini untuk memantau kawasan hutan Taman Negara dari atas. Nak dijadikan cerita..semasa zaman penjajahan British..diorang telah mengarahkan pemuda2 dari suku kaum Batek untuk membina struktur ni..
Suku kaum Batek ni memang hebat laa..memang berskill dalam kes panjat memanjat ni..let be professional handle the work..so..tu sebab British guna kepakaran mereka. Hebat kn!!
Tapi..maintainence kene ada beb..jd kerajaan telah membaikinya. Pada tahun 1992, jambatan gantung baru dengan kos bernilai RM200,000 itu telah dibina oleh kakitangan jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Kabel besi yang digunakan oleh jambatan itu adalah seberat 10 tan dan mampu menanggung bebanan seberat lima tan. Jambatan itu mempunyai sembilan hentian yang setiap satunya terletak di pokok tualang, kelat, kerangi, keruing, mempelas dan mersawa. Jambatan gantung setinggi 40 dan dan 60 meter dari paras tanah. Tinggi o0o0..
Malamnya pulak..sekitar jam 9.30pm..kami menyelusuri Sg Tembeling di waktu malam berbekalkn lampu picit..syok habis..terasa mcm dalam zoo..bunyi unggas..monyet dan sesekali bunyi binatang (sangkaan aku rusa) melintasi dibalik ranting pokok kedengaran.. Paling best ada 'stop by" kt beting pasir melihat tumbuhan2 liar dan herba..macam2 khasiat dan kegunaan herba diterangkan org tourist guide..so informative!!..
Hari Ketiga (Last day)
Kami bersarapan dan kemudian bersiap2 packing untuk check-out bilik..
Sementelahan menunggu bot datang..amek2 laa gmbar dan melihat gerai2 menjual souvenier..
Sekitar jam 9am..bot datang..masa untuk cross Sg Tembeling balik ke jeti Kuala Tembeling..memang best..cross Sg..lepak2 dengan angin sepoi2 bahasa..amek gmbar alam sekitar dan menikmati keindahan flora fauna.. Ade laa dalam 1jam kami tiba ke destinasi
15min kemudian..bas agensi tiba dan kami pulang ke KL..smpai sekitar jam 1pm...
Hari Ketiga (Last day)
Kami bersarapan dan kemudian bersiap2 packing untuk check-out bilik..
Sementelahan menunggu bot datang..amek2 laa gmbar dan melihat gerai2 menjual souvenier..
Sekitar jam 9am..bot datang..masa untuk cross Sg Tembeling balik ke jeti Kuala Tembeling..memang best..cross Sg..lepak2 dengan angin sepoi2 bahasa..amek gmbar alam sekitar dan menikmati keindahan flora fauna.. Ade laa dalam 1jam kami tiba ke destinasi
15min kemudian..bas agensi tiba dan kami pulang ke KL..smpai sekitar jam 1pm...
Sumber rujukan:
http://www.hazaldn.com/gunung-tahantaman-negara
http://rekreasisantai.blogspot.com/2010/10/jambatan-gantung-taman-negara.html
http://rekreasisantai.blogspot.com/2010/10/jambatan-gantung-taman-negara.html
No comments:
Post a Comment